masakan si Isteri

masakan si Isteri

Monday, 1 September 2014

Laksa Johor

Aidilfitri 2014, Mrs Jay menuntut ilmu membuat laksa johor dari Tok Wan di Mersing. Kebetulan ofismate Mrs Jay kata teringin nak makan laksa johor, Mrs Jay buat keputusan untuk masakkan laksa johor, khas untuk mereka.

Aktiviti mencari bahan-bahan ramuan untuk kuah laksa johor, En.Hubby ajak Mrs Jay ke Pasar Borong Selangor. En.Hubby ni pun kira peminat tegar laksa johor, sebab tu dia yang lebih excited sampai ajak ke pasar borong, padahal kat pasar biasa pun boleh je cari bahan-bahan tu. Katanya, nak cari ikan dan sayur segar. Boleh la...ikutkan je.

Laksa johor dimakan dengan speghetti, bukan mee kuning. Jadi sila beli speghetti siap-siap sebelum memasak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah adalah:
- 1kg ikan selayang (kat sini org kata ikan ni sama dengan ikan sardin)
- 1kg santan segar
- 3 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 6 batang serai
- 3 inci lengkuas
- 3 inci halia
- serbuk kari ikan (secukupnya)
- udang kering
- ikan kurau masin
- belacan (optional, saje je menambah rasa udang kering. Tak letak pun xpe)
- 2 ketul kiub ikan bilis
- 200g kerisik
- daun kesum (optional)
- bunga kantan (optional)

Macam yang Mrs Jay selalu cakap, kuantiti bahan-bahan boleh diubah ikut kesesuaian. Contoh, kalau serai kurus sangat, boleh guna 9 batang. Kalau tak suka belacan, jangan masukkan lak. Ada juga yang suka masukkan udang segar dalam kuah untuk naikkan rasa manis udang, tapi Mrs Jay tak letak sebab kuah ni pun dah cukup sedap.

Mula-mula, rebus ikan selayang sampai cukup masak (jangan lupa siang ikan tu dulu). Toskan ikan, tapi jangan buang air rebusan ikan tu.
Lepas ikan dah lembut, sejukkan kejap, baru leraikan isi dengan tulangnya. Kisarkan tulang ikan dahulu (bersama kepala sekali) dengan menggunakan air rebusan ikan tadi. Setelah hancur, baru kisarkan isinya pula. Jangan lupa, bahan-bahan seperti bawang, bawang putih, halia, lengkuas, serai, udang kering dan ikan kurau masin juga perlu dikisar. Pastikan untuk tidak kisar semua bahan sekali harung, kang tak pasal-pasal rosak blander tu nanti.

Cara Mrs Jay masak laksa johor mungkin lain sikit dari yang lain. Mrs Jay masakkan dulu santan sampai cukup masak, baru masukkan bahan kisar (bawang, serai...bla bla bla). Kalau ikut Tok Wan, bahan kisar tu digaulkan dengan serbuk kari dulu sebelum dimasukkan dalam santan. Mrs Jay masuk je terus dalam periuk, baru masuk serbuk kari ikan tadi. Bagi yang suka rasa rempah, boleh juga masukkan biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis yang dikisar kering. Yang tu pun optional juga...
santan dimasak bagi kuah tahan lebih lama
Kemudian, masukkan ikan selayang yang telah dikisar. Jangan lupa masukkan kerisik sekali. Agak-agak dah menggelegak, masukkan pula kiub ikan bilis sebagai penambah perasa. Sesuaikan rasa masin kuah. Mrs Jay tak tambah garam sebab dah cukup masin. Kalau kuah tuan puan tak cukup masin, tambahlah garam sendiri ye... Sebagai tambahan, boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan.

Ok, kuah dah siap. Mari tengok apa bahan-bahan untuk condiments laksa johor ni:
- 2 biji timun
- kacang panjang
- daun kesum
- daun selasih
- lobak asin
- taugeh
- limau kasturi
daun selasih (kiri) dan daun kesum (kanan)
timun ye, bukan bawang
Untuk condiments ni senang je, semua potong-potong je. Daun kesum dan daun selasih racik-racik, kacang panjang potong nipis, taugeh buang hitamnya, lobak asin beli yang dah siap potong, limau kasturi potong dua, timun pula.....special laksa johor, kena buang kulit, potong empat bahagian, kemudian potong dari tepi hingga jadi bentuk macam dalam gambar kat atas tu. Ramai orang ingat tu bawang, tapi sebenarnya timun....hihihi.

Sebelum terlupa, sila rebus sepeket speghetti kedalam air yang ditambah sedikit minyak. Bila dah masak, toskan sebelum dihidang. Ok, siap sudah laksa johor kita. Sebagai pelengkap, buat lah sambal belacan:
- 10 batang cili merah (besar)
- 3 inci belacan (adjust kuantiti ikut kesesuaian)
- 3 biji limau kasturi
- gula
- garam

Caranya mudah je, bakar belacan tanpa minyak. Bila dah sejuk, tumbuk atau kisar bersama cili yang dah dibuang biji, perahan limau kasturi, garam dan gula. Sedia untuk dihidang. Mrs Jay bawak ke pejabat pagi tu, Alhamdulillah....laris.

Saturday, 24 May 2014

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum semua. Hari ni Mrs Jay akan berkongsi resepi Pisang Goreng Cheese dengan pembaca semua. Masakan yang mudah tapi sedap. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek.

Bahan-bahannya juga tak banyak. Ia terdiri daripada:

1- Pisang (Berangan / Abu / Tanduk / apa-apa lah yang sesuai)
2- Tepung goreng segera
3- Sedikit serbuk kunyit
4- Sedikit garam
5- Gula merah
6- Keju Cheddar
7- Air untuk bancuhan

Mrs Jay tak letak sukatan sebab biasanya kuantiti tepung dan air tu kena ikut jenis tepung tu sendiri la. Agak-agak tak kental sangat dan tak cair sangat. Dan yang paling penting, jangan lupa perlu ada pemarut / food grater. Pemilihan pemarut juga amat penting. Kena cari saiz mata paling kecil (2mm)

pemarut boleh cari kat kedai RM2 atau kat pasaraya

Cara menyediakannya pun mudah saja. Buat macam goreng pisang biasa dulu. Campurkan tepung dengan sedikit garam dan kunyit dan bancuhkan dengan air.

Kemudian, masukkan pisang yang telah dikupas dan dibelah dua. Gaul dan gorengkan.

Dah masak, angkat dan toskan. Kemudian, hidangkan atas pinggan. Pastikan pisang tak bertindih antara satu sama lain sebab Mrs Jay akan taburkan gula merah atasnya.

Akhir sekali, baru parutkan keju cheddar tadi kat atas pisang. Mrs Jay gunakan keju cheddar jenama Beqa, dalam kotak saiz mentega buttercup. Harga dalam RM9 lebih kat Mydin. Beqa ada juga beberapa jenis cheddar dalam bungkus plastik. Tapi yang dalam kotak ni lebih sedap.

Ok, sedia untuk dihidang. Selamat mencuba... (^_~)
Pisang Goreng Cheese....siap




Thursday, 23 January 2014

Chicken Mushroom Pie

Assalamualaikum semua. Hari ni Mrs Jay nak masak Chicken Mushroom Pie, atau dalam bahasa melayunya Pai Ayam Cendawan. Menu ni antara menu yang selalu Mrs Jay buat kalau bosan-bosan takde keje. Hahaha...pelik kan? Jarang jumpa orang bosan habiskan masa dengan memasak.

Ok, jangan buang masa lagi, bahan-bahannya adalah seperti dalam gambar.

Bahan-bahan inti:
- 50g butter (untuk menumis)
- 200ml susu cair
- 1 paket serbuk sup cendawan
- parutan keju (untuk hiasan)
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 helai bay leaf (optional)
- 1 ketul dada ayam (didadu)
- 1 ketul kiub ayam
- setengah tin cendawan butang (dihiris)
- 2 biji kentang (didadu)
- 1 batang lobak (didadu)
- 3 batang saleri (optional)
- daun sup (optional)
*kalau nak senang beli sayur frozen yang dah siap tu pun boleh

Bahan-bahan kulit pai:
- Kulit pastri siap diguna
@
- 4 cawan tepung gandum
- 180g butter/  ¾ buku buttercup
- sedikit air sejuk

Mrs Jay sebenarnya lebih suka sukatan tu ditentukan sendiri oleh orang yang nak masak, sebab Mrs Jay sendiri tak berapa suka ikut seratus peratus sukatan resepi. Kalau rasa nak lebih ayam, tambah je. Kalau nak lebih sayur pun, sukati la kan...

Mula-mula, buat isi pai dulu. Cairkan butter, dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan bay leaf sekali kalau ada.

Dah cukup garing, masukkan ayam. Biar ayam betul-betul masak sebelum masukkan sayur-sayur yang keras, kentang, lobak dan saleri.

Kemudian, tuangkan susu cair dan masukkan sekali kiub ayam dan serbuk sup cendawan. 
Dah agak-agak empuk, masukkan cendawan butang dan daun sup.

Bila dah cukup masak, tutup api dan biarkan isi sejuk sebelum masukkan dalam kulit pai.

Untuk kulit pastri, bagi yang tak jumpa kulit pastri jenama Kawan tu, boleh la buat sendiri. Mrs Jay lagi suka yang buat sendiri. Mula-mula, gaulkan butter dengan tepung.

Kemudian, tuangkan sedikit air sejuk. Sikit je tau. Terlebih nanti lembik lak doh tu.

Gaulkan rata dan buat jadi doh. Biarkan sekejap sebelum canaikan.

Ok, canai leper jangan tebal sangat ye. Agak-agak sedang je. Nipis sangat nanti koyak lak kulit pastri tu. Masukkan dalam bekas pai dan cucuk sikit.

Masakkan lapisan bawah kulit pai dalam oven atau mikrowaye. Jangan tanya Mrs Jay berapa suhunya sebab Mrs Jay guma mikrowave oven. Takde set suhu, cuma masa je. Masak sampai agak-agak kuning sikit je. Jangan terlebih masak lak.

Dah agak masak, masukkan inti pai tadi.

Boleh tambah cheese kalau suka. Jangan banyak sangat nanti masin lak.

Ok, dah siap isi filling, tutup pai dengan adunan kulit pai yang sama. Ambil garfu dan buat la sikit corak kat tepi tu. Tujuannya nak lekatkan kulit pai tadi dengan kulit bawahnya.

Sapukan kuning telur kat atas kulit pai sebelum bakar semula dalam oven. Kalau tak sapu kuning telur takde la warna kuning keemasan tu.

Akhirnya, siap jugak pai ayam cendawan Mrs Jay ni. Selamat mencuba....


Wednesday, 22 January 2014

Strawberry Milkshake

Hari tu Mrs Jay balik dari Cameron Highland dan beli sedikit buah strawberi. Alang-alang belikan untuk ibu mengandung yang mengidam strawberi, beli la sikit untuk makan sendiri. Tapi, memandangkan strawberi Malaysia ni masam, memang tak habis la nak makan gitu je. Nak buat strawberi coklat pun dah bosan. Apa mau buat ye??? Hmm....apa kata Mrs Jay buat Strawberry Milkshake lak. Tak larat makan, minum pun boleh kan.

Idea ni tetiba datang bila Mrs Jay teringat masa kat Cameron tu ada orang jual Strawberry Milkshake. Boleh tahan jugak la rasanya. Harga segelas dalam RM5 (kalau tak silap la). So, try la buat sendiri lak. Free je kan...

Bahan-bahannya mudah je...
  1- Buah strawberi
  2- Susu berkrim
  3- Ais
  4- Gula

Cara-caranya pun mudah je. Masukkan semua bahan-bahan dalam blander atau food processor, kemudian kisar je.

Gula tu adjust ikut kemasaman strawberi tadi. Kisar sekali sampai jadi macam ice blanded.

Sedia untuk dihidang. Tak payah hias-hias pun. Mrs Jay nak minum sendiri je. Selamat mencuba.. (^_~)